المسلم من لسانه ويده
Seorang muslim adalah seseorang yang lain selamat daripada kejahatan tangan dan mulutnya.
Apakah yang dimaksudkan seorang muslim itu apabila seseorang lain terselamat dari lidah dan tangan? Bukankah cukup dengan syahadah saja? bukankah dengan solat sebagai bukti lambang kita muslim?
Ya.. itu benar..tapi..muslim yang sebenar adalah muslim yang bersifat penyelamat, pelindung, penjaga.
Kerana seorang yang muslim amat menjaga keislamannya.Ia sentiasa menjaga agama suci islam daripada dicalari dirinya sendiri bahkan jauh dari mencela, menghina mempermainkan dan jauh dari batas-batas keislamannya. Islam dalam dirinya itu bersifat menyelamatkan, dan agama itu juga menyelamatkan dirinya daripada perkara keji dan kemungkaran.
Seringkali kita dengar, solatlah yang membezakan kita dengan agama lain. Dengan solat, kita patuh dan tunduk pada Allah yang satu, tetap setia pada syariatnya. Dengan itu solat mendidik hati,jiwa dan disiplin diri. Maka, dengan kekuatan pegangan kita pada islam, kita mengerjakan solat, lalu terdidiklah segala akhlak diri dengan perlakuan dan perkataan yang baik.
Kerana itulah, kita dapati hadis ini menunjukkan bahawa individu muslim yang sesungguhnya, adalah individu yang amat menitikberatkan perlakuan diri kepada oranglain. Individu yang amat menjaga dirinya serta lidahnya daripada menjadi pembunuh, pembunuh jiwa-jiwa yang halus dan lembut dengan ketajaman lidahnya. Individu yang berhati-hati membawa imej islam. Muslim yang menjadi pelindung kepada agamanya.Islam.
Oleh itu, Hadis ini sepatutnya menjadi pegangan dan ingatan serta nasihat bagi seluruh individu muslim dalam membawa agama yang menjadi sanjungan agar agama itu bukan sahaja menjadi pegangan hidup, malah mendidik dan terus terdidik dengan ilmu yang diajari islam.