المسلم من لسانه ويده
Seorang muslim adalah seseorang yang lain selamat daripada kejahatan tangan dan mulutnya.
Apakah yang dimaksudkan seorang muslim itu apabila seseorang lain terselamat dari lidah dan tangan? Bukankah cukup dengan syahadah saja? bukankah dengan solat sebagai bukti lambang kita muslim?
Ya.. itu benar..tapi..muslim yang sebenar adalah muslim yang bersifat penyelamat, pelindung, penjaga.
Kerana seorang yang muslim amat menjaga keislamannya.Ia sentiasa menjaga agama suci islam daripada dicalari dirinya sendiri bahkan jauh dari mencela, menghina mempermainkan dan jauh dari batas-batas keislamannya. Islam dalam dirinya itu bersifat menyelamatkan, dan agama itu juga menyelamatkan dirinya daripada perkara keji dan kemungkaran.
Seringkali kita dengar, solatlah yang membezakan kita dengan agama lain. Dengan solat, kita patuh dan tunduk pada Allah yang satu, tetap setia pada syariatnya. Dengan itu solat mendidik hati,jiwa dan disiplin diri. Maka, dengan kekuatan pegangan kita pada islam, kita mengerjakan solat, lalu terdidiklah segala akhlak diri dengan perlakuan dan perkataan yang baik.
Kerana itulah, kita dapati hadis ini menunjukkan bahawa individu muslim yang sesungguhnya, adalah individu yang amat menitikberatkan perlakuan diri kepada oranglain. Individu yang amat menjaga dirinya serta lidahnya daripada menjadi pembunuh, pembunuh jiwa-jiwa yang halus dan lembut dengan ketajaman lidahnya. Individu yang berhati-hati membawa imej islam. Muslim yang menjadi pelindung kepada agamanya.Islam.
Oleh itu, Hadis ini sepatutnya menjadi pegangan dan ingatan serta nasihat bagi seluruh individu muslim dalam membawa agama yang menjadi sanjungan agar agama itu bukan sahaja menjadi pegangan hidup, malah mendidik dan terus terdidik dengan ilmu yang diajari islam.
Friday, July 22, 2011
Saturday, March 19, 2011
Monday, March 14, 2011
Besarnya maksud Kasih Sayang
Apakah erti kasih sayang?? Adakah ia sekadar dapat dirasai ketika kita bersama-sama keluarga? Adakah dapat difahami melalui banyaknya kawa-kawan disekeliling? Adakah apabila kita dapat menunaikan solat lima waktu menyempurnakan haknya? Nabi pernah bersabda, , ٍمن لا يرحم لا يرحم
Siapa yang tidak mengasihi ia tidak akan dikasihi. Apakah yang dapat kita rungkai daripada hadis ini?? Adakah kita begitu lemah jika kita tiada sifat kasih, adakah kasih itu suatu perkara yang amat penting disisi Allah? disisi agama? Sejauh mana sifat ini akan dapat menjadikan kita insan cemerlang?

Andai kita melihat bagaimana kekukuhan institusi keluarga, andai kita melihat keamanan masyarakat dan kegemilangan negara, kasih sayanglah pengikatnya! Bagaimana si ibu dapat bertahan melahirkan anaknya, adakah mampu ia melahirka tanpa sifat kasih, ketika si anak kecil itu tidak mengerti apa-apa bahkan menyusahkan si ibu untuk merawat dan menjaganya, adakah si ibu mampu untuk melakukan semuanya tanpa sifat kasih yang tabiie ini? Adakah si anak akan dapat membesar dengan sihat dan terjaga jika tiada sifat kasih sayang daripada ibu bapa? Apakah kita dapat melhirkan masyarakat yang makmur di dalam ketandusan masyarakat? Sama sekali tidak! Tetapi apakah yang berlaku di zaman ini...kasih sayang bernilai erti ketika anak dikandungan dibuai dan diajar berjalan, ketika remajanya, ibu bapa tidak lagi mengerti akan sifat tabiie itu. Adakah mereka fikir cukup dengan nilaian kasih itu ketika mereka baru mengenal dunia? Hakikatnya, manusia dan kasih sayang jangan pernah direnggangkan.
Andai kita meneliti, perjalanan hidup yang singkat ini Allah menganugerahkan semua manusia mempunyai keluarga, sahabat handai serta saudara maka terbinalah masyarakat. Jika ikatan yang tersedia ini terjaga, maka akan dapat membentuk kehidupan yang harmoni.
قوا أنفسكم وأهليكم نارا yang bermaksud : peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. Jika tidak wujud sifat kasih ini terhadap keluarga, saudara dan masyarakat adakah kita dapat menjaga orang disekitar kita daripada api neraka?.. Setiap jiwa akan dipertanggungjawabkan atas setiap suruhan Allah. Setiap keluarga akan ditanya, apakah cukup kita memelihara keluarga daripada api neraka? adakah kita mampu memelihara orang disekitar agar sama-sama berjaga dengan dunia dan usah dilelapkan dari azab neraka tanpa kesedaran sifat kasih dan sayang kepada sesama manusia? Apabila kita meneliti kesusahan keluarga, kesempitan saudara dan kepayahan masyarakat di dalam menjalani kehidupan, sifat kasih inilah yang hadir untuk memberikan pertolongan, dengan sifat kasih inilah hubungan terpaku dijalinkan, tidak sekali kita biar mereka kesempitan menderita.
Melihat kepada persekitaran dan budaya sekarang dan dibandingkan dengan biah Nabi kita, alangkah jauhnya hubungan kasih yang dipraktikkan untuk membina kesatuan ummah. Andai para sahabat kukuh jalinannya dengan solat berjemaah, apakah medium untk kita sama-sam perkukuh hubungan manusia dizaman ini? Ber'chatting' di internet? berbual sorak dan bergembira? makan bersama?. Jika para sahabat dahulu sering itsar dan melenihkan orang lain, kita di zaman ini sering mendahulukan kehendak sendiri, mencari kekayaan sehingga tergadai persaudaraan, wal'iazubillah, membunuh, merogol ,mengkhianati hak orang lain dan sbg. Jika para sahabat dahulu bergaul mesra bergandingan tangan ketika berjalan, menegakkan yang hak kita bertingkah dan bergaduh menegakkan pendapat sendiri. Jika para sahabat merendahkan ego dalam menjaga perhubungan, kita sama-sama menaikkan ego dengan penuh takabbur. Di manakah nilai diri kita sekarang?? Kononnya yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Sahabat, kita telah ditinggalkan jauh. Amalan-amalan kita juga sangat jauh dibezakan dengan para sahabat dan nabi kita sendiri. Kesibukan dunia mahasiswa yang tidak habis-habis mengejar kelas, pointer, assaignment membuatkan kita tidak peka akan nilai-nilai murni yang telah nabi tanamkan dengan jerit perih kesabaran dan ketabahan. Dimanakah amalan utama kita ditanya saat nanti? Solat kita, alquran, sifat kasih sayang ini yang seharusnya di kuliahkan agar tidak kita lalai dengan segala yang dihidangkan dihadapan kita.
Apakah kita lupa kita punya matlamat yang dahulunya kita berjanji? Matlamat akhirat kita telah jauh kita tinggalkan. Kita terlalu leka diulit mimpi di dalam negara aman ini, keamanan yang melelapkan, keamanan yang menjadikan kita mengejar waktu mencari kesenangan sementara. Semoga Allah pelihara hati kita semua.

Saturday, March 5, 2011
Hadis 1 (Bab makruh meminta jawatan)
Haddasana Abdul Malik ibn Syuaib ibn Allaisi Haddasani Abi Syuaib ibnu Allaisi Haddisani allaisu ibnu sa'di haddasani yazid ibnu Abi Hubaib 'an bakri ibni 'amru 'an il haris ibni yazid alhadhrami 'an ibni hujairah al akbar 'an abi Zar berkata : Aku berkata, "Wahai Rasulullah, Kenapa kau tidak melantikku menjadi ketua?, Nabi menepuk bahunya dengan tangannya keatas bahuku, kemudian Nabi berkata, Wahai Abu Zar, "Sesungguhnya engkau lemah dan jawatan itu amanah, dan sesungguhnya amanah itu pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali kepada sesiapa yang menunaikan hak-haknya dan menunaikan amanah kepada ahlinya.
Siapakah Abu Zar? Abu Zar adalah di antara sahabat nabi yang paling awal masuk islam. Abu Zar adalah daripada puak Al-ghifar, iaitu puak samseng jalanan(قاطع الطريق) dan suka merompak. Nama sebenar Abu Zar adalah Jundub bin Junadah.
Setelah kedatangan Islam, beliau selalu mendengar akan nama Nabi Muhammad s.a.w lalu lama-kelamaan beliau bertekad untuk menjumpai Nabi Muhammad setelah meminta orang menyelidiknya. Orang yang menyelidiki itu melaporkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang yang mempunyai akhlak yang sungguh mulia. Setelah bertekad menemui Nabi, dia menunggu di depan Baitullahil haram selama 2 minggu kerana seseorang yang menemui Nabi adalah yang hanya mempunyai urusan sahaja. Selama 2 minggu itu jugalah dia hanya meminum air zamzam, oleh kerana masa yang telalu lama beliau menunggu kesempatan untuk bertemu Nabi, Saidina Ali menyedari akan keberadaanya disitu lalu dia menawarkan diri untuk membantunya. Seterusnya Abu Zar menerangkan tentang niatnya itu untuk bertemu Nabi Muhammad, Saidina Ali yang berjanji ingin menolongnya terus membawanya masuk ke dalam Baitullahil Haram. Sebaik sahaja Abu Zar bertemu wajah Nabi Muhammad, dia terus menyatakan keislamannya sedang Nabi Muhammad sangat terkejut kerana ia merupakan seorang yans samseng.
Apabila Nur Islam telah memenuhi sudut hatinya, sebelum pulang kepada kabilahnya, ia meneriakkan keislamannya itu dengan penuh kesyukuran di Baitullahilharam, lalu kabilah Quraisy yang sangat menentang Islam terus memukul-mukulnya sehingga hampir tercedera, lalu datanglah Ibnu Abas memeluk Abu Zar untuk melindunginya dari serangan tersebut. Ibnu Abbas melakukan perbuatan tersebut kerana mengetahui akan kedudukan Abu Zar sebagai Pahlawan dan ketua samseng kabilah 'Al-ghifar' dan ditakuti kabilahnya akan menyerang kabilah Quraisy bagi membela Abu Zar. Setelah menerangkan kedudukan, kabilah Quraisy menghentikan serangan tersebut.

Saturday, February 12, 2011
Hari ini dalam sejarah
Tanggal 13 Februari 2011, 26 Rabi'ul awwal..
Hari ini hari bernafasnya blog ini seiringan anak saudaraku yang baru dilahirkan ke dunia ini dengan kehadiran yang ditunggu-tunggu. Semoga blog ini dapat memberi banyak manfaat untukku dan pembaca yang sudi mengintai buah pandangan daripada insan yang mula menceburkan diri dalam dunia dakwah untuk menghasilkan tinta dan coretan yang berharga hendaknya kepada sahabat-sahabat yang dikasihi.

Subscribe to:
Posts (Atom)