Haddasana Abdul Malik ibn Syuaib ibn Allaisi Haddasani Abi Syuaib ibnu Allaisi Haddisani allaisu ibnu sa'di haddasani yazid ibnu Abi Hubaib 'an bakri ibni 'amru 'an il haris ibni yazid alhadhrami 'an ibni hujairah al akbar 'an abi Zar berkata : Aku berkata, "Wahai Rasulullah, Kenapa kau tidak melantikku menjadi ketua?, Nabi menepuk bahunya dengan tangannya keatas bahuku, kemudian Nabi berkata, Wahai Abu Zar, "Sesungguhnya engkau lemah dan jawatan itu amanah, dan sesungguhnya amanah itu pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali kepada sesiapa yang menunaikan hak-haknya dan menunaikan amanah kepada ahlinya.
Siapakah Abu Zar? Abu Zar adalah di antara sahabat nabi yang paling awal masuk islam. Abu Zar adalah daripada puak Al-ghifar, iaitu puak samseng jalanan(قاطع الطريق) dan suka merompak. Nama sebenar Abu Zar adalah Jundub bin Junadah.
Setelah kedatangan Islam, beliau selalu mendengar akan nama Nabi Muhammad s.a.w lalu lama-kelamaan beliau bertekad untuk menjumpai Nabi Muhammad setelah meminta orang menyelidiknya. Orang yang menyelidiki itu melaporkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang yang mempunyai akhlak yang sungguh mulia. Setelah bertekad menemui Nabi, dia menunggu di depan Baitullahil haram selama 2 minggu kerana seseorang yang menemui Nabi adalah yang hanya mempunyai urusan sahaja. Selama 2 minggu itu jugalah dia hanya meminum air zamzam, oleh kerana masa yang telalu lama beliau menunggu kesempatan untuk bertemu Nabi, Saidina Ali menyedari akan keberadaanya disitu lalu dia menawarkan diri untuk membantunya. Seterusnya Abu Zar menerangkan tentang niatnya itu untuk bertemu Nabi Muhammad, Saidina Ali yang berjanji ingin menolongnya terus membawanya masuk ke dalam Baitullahil Haram. Sebaik sahaja Abu Zar bertemu wajah Nabi Muhammad, dia terus menyatakan keislamannya sedang Nabi Muhammad sangat terkejut kerana ia merupakan seorang yans samseng.
Apabila Nur Islam telah memenuhi sudut hatinya, sebelum pulang kepada kabilahnya, ia meneriakkan keislamannya itu dengan penuh kesyukuran di Baitullahilharam, lalu kabilah Quraisy yang sangat menentang Islam terus memukul-mukulnya sehingga hampir tercedera, lalu datanglah Ibnu Abas memeluk Abu Zar untuk melindunginya dari serangan tersebut. Ibnu Abbas melakukan perbuatan tersebut kerana mengetahui akan kedudukan Abu Zar sebagai Pahlawan dan ketua samseng kabilah 'Al-ghifar' dan ditakuti kabilahnya akan menyerang kabilah Quraisy bagi membela Abu Zar. Setelah menerangkan kedudukan, kabilah Quraisy menghentikan serangan tersebut.
No comments:
Post a Comment